Thanks sebab tekan ini.. :))

March 20, 2012

lagi..dan lagi....diculik!!

"KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.


“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam."

HARIAN METRO.

.........................


kita baru di kejutkan dengan kehilangan Dirang yg sungguh sadis..!! die baru 5 tahun...hemm..


and semalam seorang lagi remaja perempuan di culik...15 tahun...aku baru dapat berita ni pagi tadi mase dengar hotfm...sedih..dan tanpa sedar, air mata mengalir wehh..ade seorang pemanggil ni menangis mase call hotfm tu...

speechless....

YA ALLAH SEMOGA KAU PELIHARA BUDAK ITU...JANGANLAH DIA DI APA-APA KAN...LINDUNGILAH DIA...

AMIN..

*walaupn aku xde anak...tp aku ade 3 adik perempuan..setiap kali dengar berita2 mcm ni...aku rasa risau sangat...YA ALLAH AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI SEGALA KESULITAN, KESEDIHAN, DAN KECEMASAN...AMINN


1 comment:

Mama Ema said...

muga aadik fatihah dijumpai dengan selamat

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Kesayangan Kisahati ^---^

Kesayangan Kisahati ^---^